Tuesday, 26 July 2016

GERGAJI BESI(HACKSAW)

1.    DEFINISI GERGAJI BESI

Gergaji besi digunakan dalamkerja-kerja kejuruteraan untuk memotong logam dan lain-lain kerja yang sesuai seperti paipkeluli lembut, paip PVC dan lain-lain lagi.


1.1 Bahagian-bahagian gergaji besi :-
A – Sendi boleh laras

B – Bingkai
C – Hulu
D – Mata gergaji
E – Nat kepak
F – Skru renggang


1.    Jenis-jenis gergaji besi.

Gergaji besi ada pelbagai bentuk diluar pada zaman kini. Oleh yang berikut gergaji tangan terbahagi kepada dua jenis, iaitu :-

A.   Bingkai tetap



 Gambarajah 1

A.   Bingkai boleh laras
  Gambarajah 2

             I.        Diperbuat daripada besi keluli lembut.
            II.        Digunakan untuk pelbagai jenis mata (blade) kerana bingkainya boleh laras mengikut saiz panjang blade.

  1. Bingkai tetap

             I.        Diperbuat daripada besi keluli lembut.
            II.        Hanya digunakan  untuk satu saiz mata (blade) sahaja.

           III.        Penentuan mata gergaji/saiz

          IV.        Pemilihan bilah/mata gergaji berdasarkan ciri-ciri berikut :-

           V.        Panjang                                (250mm – 300mm)
          VI.        Lebar                                    (13mm-16mm)
        VII.        Tebal                                    (0.03mm – 0.80)
       VIII.        Pitch atau gigi dalm seinci   (TPI – Tech per inch)
          IX.        Panjang mata gergaji diukur dari jarak antara pusat lubang pada setiap lubangnya.  Bentuk mata gergaji yang terbuka sedikit dan berselang seli kekiri dan kekanan adalah untuk memudahkan habuk besi keluar dan mengelakkan mata daripada tersepit pada bendakerja
           X.        Jadual dibawah adalah panduan am bagi  memilih saiz mata gergaji yang disesuaikan mengikut jenis bahan atau logam.

Bahan

Bilangan gigi mata gergaji setiap 25.4mm
Keluli lembut
18
Besi tuang dan besi alat
18
Loyang, tembaga dan besi paip
22
Loyang nipis (kurang daripada 3mm tebal)
32

             I.        Mata gergaji adalah diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi dan keluli aloi tungsten.Gergaji besi terdiri daripada dua jenis iaitu all hard blade dan flexible blade.
            II.        All hard blade diperbuat dari keluli tahan lasak(high speed steel) dan digunakan untuk memotong logam-logam keras seperti keluli alloy.
           III.        Flexible blade(boleh lentur) adalah baik digunakan untuk memotong dicelah yang sukar dan sempit pada bendakerja.  Ia juga sesuai digunakan oleh pekerja-pekerja yang kurang mahir mengendalikannya bagi mengelakkan bilah mata gergaji patah.

1.    Cara –cara memasang mata gergaji

              i.        Pastikan bingkai gergaji besi sama dengan panjang mata gergaji.
            ii.        Pastikan bilangan gigi mata gergaji bersesuaian dengan bahan yang hendak dipotong.
           iii.        Pastikan kecondongan gigi mata gergaji menghala kehadapan dari hulunya.
           iv.        Pasangkan mata gergaji pada sekru reggang.
            v.        Kuncikan nat kepak sehingga mata gergaji tegang, tetapi tidak terlalu tegang.  Jika terlalu tegang, mata gergaji mudah patah sewaktu memotong.

1.1 Cara menggergaji.

      I.        Pastikan bendakerja dicengkam dengan kuat oleh ragum.
  1. Pastikan bahagian yang hendak dipotong itu berada paling hampir dengan ragum.
  2. Pegang gergaji dengan cara yang betul.  Sebelah tangan memegang pada hulu gergaji, sebelah tangan lagi memegang pada hujung bingkai
  3. Semasa memotong, daya memotong diperlukan semasa menyorong gergaji kehadapan.  Ini kerana gigi gergaji memotong bahan yang digergaji ketika gergaji disorong kehadapan.  Tetapi semasa gergaji ditarik kebelakang, kurangkan tekanannya.  Pada masa ini gigi mata gergaji tidak memotong bahan tersebut.
 Sebab-sebab mata gergaji patah

Mata gegaji merupakan bahan yang lembut dan sekiranya disalahgunakan pasti akan menimbulkan kesan kepada mata oleh yang berikut merupakan sebab- sebab mata gergaji patah:

a)    Mata gergaji diikat terlalu ketat atau terlalu longgar.
b)    Kedudukan bendakerja yang tidak teguh.
c)    Tekanan terlalu kuat semasa memotong.
d)    Saiz mata yang tidak sesuai dengan bendakerja yang hendak dipotong.

VERNIER CALIPER

PENERANGAN :
          Angkup Vernier merupakan alat pengukur jitu dan boleh mengukur dengan tepat
sehingga kepada ukuran sama ada 0.05 mm atau 0.02 mm. Alat ini lazimnya digunakan
didalam bengkel mesin.Angkup vernier mempunyai dua skala iaiut skala utama dan skala
vernier.


BAHAGIAN-BAHAGIAN ANGKUP VERNIER

Badan          : Badannya berbentuk seperti sebilah pembaris keluli yang mempunyai
                     senggatan dalam unit metrik atau inci. Senggatan ini dinamakan skala
                     utama. Panjang badan ini menetukan saiz angkup vernier.

Plat Vervier  : Plat vernier mempunyai skala vernier dan boleh digerak-gerakkan
                     disepanjang badan.

Rahang          : Rahang terdiri daripada rahang tetap dan rahang gelangsar. Rahang tetap
                     merupakan sebahgian daripada badan yang bengkok, manakala rahang
                     gelangsar merupakan sebahagian daripada  plat vernier yang boleh
                     bergerak bersama-samanya iaitu selari dengan  rahang tetap. Permukaan
                     diantara kedua-dua rahang ini merupakan muka ukuran bagi angkup
                     Vernier. Apabila muka ukuran ini bersentuh, bacaannya ialah sifar dan
                     angka sifar pada skala vernier sejajar dengan angka sifar pada skala tetap.

Rusuk                        : Rusuk berbentuk runcing. Ia terletak disebelah atas.Binaannya hampir sama

                     dengan rahang tetapi iadigunakan untuk mengukur ukuran sebelah dalam.

Skru Pengunci       : Skru pengunci digunakan untuk mengunci palt vernier supaya
                               kedudukan ukuran tidak berganjak semasa angkup Vernier     
                               dikeluarkan dari bendakerja. Ini dapat mengurangkan kesilapan
                               semasa mengukur.

Penganjak Halus    : Ada juga angkup Vernier yang dilengkapkan dengan penganjak
                               halus. Pengapit halus ini hendaklah diketakan terlebih dahulu supaya
                               nat penganjak halus boleh mengawal pelarasan plat.

Bilah Pengukur       : Ini merupakan satu bilah yang kecil, boleh digerakkan keluar
Dalam                               atau masuk dalam lurah dibahagian belakang badan apabila
                               rahang dibuka.


Prinsip Skala Vernier
          Skala vernier digunakan untuk membolehkan kita membaca tanpa mengagak-agak
sekiranya ukuran itu terletak dianatara dua tanda senggatan pada satu-satu skala. Oleh itu
angkup Vernier mestilah:
  • Mempunyai dua skala iaitu utama dan skala vernier.
  • Senggatan pada skala utama dibuat  lebih besar daripada skala vernier.
  • Perbezaan antara skala utama dengan skala vernier merupakan bacaan yang paling
kecil yang boleh dibuat.

Contoh :
          Skala utama disengatkan kepada 10 bahagian. Tiap-tiap bahagian bersamaan
dengan 1mm. Skala vernier yang panjangnya 9 mm disenggatkan kepada 10 bahgian yang
sama. Garisan ke 10 skala vernier sejajar betul-betul dengan garisan ke 9 skala utama.


 Maka :-
10 bahagian pada skala vernier      =    9mm   (skala utama)
                                                        ----------
                                                            10

1 bahagian pada skala vernier        =    9mm     X      1     =  9mm
                                                        ----------         ------      --------
                                                            10              10          100

1 bahagian pada skala utama         =     1    = 10mm
                                                        --------   ---------
                                                           10        100

Perbezaan panjang antara skala utama dengan skala vernier ialah :-
                                                10            9            1
                                              -------  -  ------  = ----- =  0.01 mm
                                               100         100        100

Oleh itu, 1 senggatan skala vernier bersama dengan 0.01  mm ( Lihat rajah disebelah ) ;
Jika angkup Vernier disetkan pada 0.01, maka senggatan pertama pada kedua-dua skala
utama dan skala vernier akan sejajar ( lihat rajah dibawah ) ;
Jika angkup vernier disetkan pada 0.02, maka  senggatan ke 2 pada skala utama dan skala
vernier pula yang akan sejajar (lihat rajah dibawah). Begitulah seterusnya jika angkup
vernier disetkan menggunakan ukuran yang lain.
Lazimnya angkup vernier yang digunakan dalam bengkel hanya mempunyai

tentukuran 0.05 mm dan 0.02 mm sahaja. Ini adalah kerana untuk membahagi 9 mm
kepada 10 bahagian yang sama tentulah garisan-garisan senggatan itu terlalu rapat dan
seterusnya sukar untuk dilihat. Dengan itu sukar untuk membuat tentukuran 0.01 mm.

Membaca Tentukuran 0.02mm
          Skala utama disenggatkan kepada 1 mm bagi tiap-tiap satu senggatan dan
dinomborkan pada tiap-tiap sepuluh senggatan iaitu 10,20,30 dan seterusnya. Skala vernier
pula panjangya 49 mm dan disenggatkan kepada 50 bahagian yang sama. Apabila angka
sifar pada kedua-dua skala diletakkan pada kedudukan yang sejajar dengan senggatan ke
49 pada skala utama. Untuk mengetahui perbezaan nilai antara satu senggatan skala utama
dengan skala vernier, maka tolakkan 1 mm (nilai 1 senggatan pada skala utama) dengan
nilai satu senggatan pada skala vernier. Nilai satu senggatan pada skala vernier ialah :-

50 senggatan skala vernier   =  49 mm skala utama
1 senggatan                      =  49/50
                                      =  0.98 mm
Perbesaan nilai senggatan    =  1 mm  - 0.98  mm
                                      =  0.02 mm

Oleh itu, nilai setiap senggatan pada skala vernier 0.02 mm ;
Contoh 1

Bacaan skala utama yang  terhampir dengan 1 mm                  =  42 X 1                =  42.00mm
Bacaan skala vernier  senggatan ke 16 yang sejajar
dengan salah satu garisan pada skala utama                 =  16 X 0.02  =    0.32mm
Jumlah                                                                                     =  42.32mm  
Oleh itu, bacaan sebenar ialah 42.32 mm



Contoh 2
Bacaan skala utama yang terhampir dengan 1 mm         =  65 X 1      = 65.00mm
Bacaan skala vernier senggatan ke 39 yang sejajar
Dengan salah satu garisan pada skala utama                 =  39 X 0.02  =   0.78mm
Jumlah                                                                                     = 65.78mm

Oleh itu, bacaan sebenar ialah 65.78 mm
Membaca Tentukuran 0.05mm
                     
          Skala utama disenggatkan kepada 1 mm bagi tiap-tiap satu senggatan dan
dinomborkan pada tiap tiap 10 senggatan iaitu 10, 20, 30 dan seterusnya. Skala vernier pula
yang panjangya 19 mm, disenggatkan kepada 20 bahagian yang sama.
          Apabila angka sifar dikedua-dua skala diletakkan pada kedudukan yang sejajar,
senggatan ke 20 pada skala vernier akan sejajar dengan senggatan ke 19 pada  skala
utama. Untuk mengetahui perbezaan nilai bagi senggatan skala utama dengan skala vernier,
maka tolakkan 1 mm (nilai senggatan pada skala utama ) dengan nilai satu senggatan skala
vernier. Nilai satu senggatan pada skala vernier ialah:

20  senggatan pada skala vernier    =  19 mm skala utama
1 senggatan                                =  19 / 20
Perbezaan nilai senggatan              =  1 – 0.95 mm
                                                =  0.05 mm
Oleh itu, nilai setiap senggatan pada skala vernier  0.05 mm

Contoh 1

Bacaan skala utama                                                  =  25 X 1      = 25.00mm
Bacaan  skala vernier apabila senggatan ke 8 sejajar
dengan salah  satu garisan pada skala utama                =  8 X 0.05    =   0.40mm
Jumlah                                                                                     = 25.40mm

Oleh itu bacaan sebenar ialah 25.40mm
Contoh 2
Bacaan skala utama                                                  =  123 X 1     = 123.00mm
Bacaan skala vernier apabila senggatan ke 15 sejajar
dengan salah satu garisan pada skala utama                           =  15 X 0.05  =     0.75mm
Jumlah                                                                                     =123.75mm

Oleh itu, bacaan sebenar ialah 123.75mm

PELULAS MESIN(MACHINE REAMER)

PELULAS MESIN (REAMERS)
          Melulas adalah satu proses membesarkan lubang yang telah digerudi atau digerak. Lubang yang dihasilkan adalah sepusat, tepat dan mempunyai penyudahan yang licin. Operasi ini dilakukan dengan alat yang dinamakan pelulas. Pelulas dibahagikan kepada 2 ketegori iaitu pelulas tangan dan pelulas mesin.

Bahagian – bahagian pelulas



Pelulas mesin dibahagikan kepada 2 jenis
1.      Pelulas mengasar yang memotong pada hujung sahaja.
2.     Pelulas penyudahan yang memotong pada hujung dan pada keseluruhan panjang giginya.

 Jenis – jenis pelulas
Pelulas mengasar
          Pelulas mengasar direkabentuk untuk melulas dengan cepat ke saiz 0.07mm – 0.10mm dibawah saiz namaan lubang. Pelulas ros adalah jenis pelulas mengasar yang selalu digunakan. Hujung gigi pelulas ini diserongkan 45° dan diberi telusan supaya kesemua potongan dapat dilakukan pada hujung pelulas tersebut. Pelulas jenis ini bisasanya dibuat 0.07mm 0.12mm di bawah saiz namaan supaya penyudahan boleh dilakukan dengan pelulas penyudahan

Pelulas penyudahan
          Pelulas jenis ini digunakan untuk melakukan penyudahan terhadap lubang yang telah dilulas dengan menggunakan pelulas kasar kesaiz yang tepat. Pelulas penyudahan mempunyai lebih banyak bilangan gigi dari pelulas ros. Ia direkabentuk untuk melakukan pemotongan pada keseluruhan panjang giginya dan dengan itu menghasilkan satu lubang yang jitu dan licin.

Pelulas tirus
          Pelulas tirus dibuat mengikut tirusan piawai misalnya piawaian penirusan Morse, Brown, Sharpe dan metrik. Biasanya pelulas ini mempunyai batang tirus yang boleh dipasang pada spindal alatan belakang. Kegunaannya adalah untuk menghasilkan lubang tirus yang tepat dan licin penyudahannya.

                   Pelulas tirus
 












 Kelajuan dan hantaran untuk melulas dengan mesin pelarik
          Kelajuan yang dicadangkan untuk melulas adalah separuh daripada kelajuan yang digunakan untuk menggerudi. Walaubagaimanapun faktor – faktor berikut perlu diambil kira untuk memilih PPM.
1.    Ketegaran pemasangan bahan kerja dan alat.
2.    Jenis bahan yang dilulas
3.    Jenis penyudahan yang diperlukan serta had terima

          Jadual di bawah menunjukkan kelajuan pemotongan bagi pelulas keluli tahan lasak. Untuk pelulas jenis karbida, kelajuan pemotongan adalah dua kali ganda.

BAHAN
METER/MINIT
Aluminium
40 – 60
Loyang
40 – 55
Gangsa
15 – 30
Besi tuangan
15 – 25
Keluli lembut
15 – 21
Keluli aloi
9 – 12
Keluli tahan karat
12 - 15

 
 








Jadual di atas menunjukkan kelajuan melulas

          Kadar hantaran pula adalah diantara 2 hingga 3 kali ganda kadar hantaran yang digunakan untuk menggerudi. Kadar hantaran yang rendah boleh mengakibatkan pelulas tergilap. Kadar hantaran yang terlalu tinggi pula boleh mencacatkan ketepatan dan kelicinan permukaan lubang.


Prosedur melulas
1.         Lakukan penjajaran mesin supaya tepat dan selari dengan paksi mesin.
2.         Sebelum melulas pastikan basian melulas itu sesuai untuk kerja melulas kasar atau
melulas penyudahan.
3.         Pilih dan pastikan pelulas yang digunakan itu bebas daripada gerigis besi yang melekat
pada pinggir mata pemotong.
4.         Rujuk pada jadual kelajuan melulas dan pilih PPM yang sesuai untuk melakukan
operasi melulas pada mesin.