Monday, 18 July 2016

RODA PENCANAI(GRINDING WHEEL)

Roda Pencanai
Roda pencanai dibuat dengan mengikat ribuan bijian las (pelelas) dengan bahan pengikat yang sesuai. Bijin pelelas dan pengikat ditekan didalam acuannya dan seterusnya dikeluarkan dan dibakar. Bentuk roda pencanai adalah bergantung kepada acuannya.





Rajah 1: Roda pencanai


Terdapat beberapa perbezaan jenis roda pencanai. Antaranya
  1.  (A-H) -  Bentuk A hingga H digunakan sebagai roda pencanai piring dan sering digunakan pada mesin pencanai silider, mesin pencanai permukaan dan kerja-kerja am.
  2.  (J-L) – Roda bentuk cawan iaitu bentuk J hingga bentuk L digunakan pada mesin pencanai permukaan.
  3. (M,N & P) -  Bentuk M,N dan P digunakan pada mesin pencanai mata alat pemotong.
  4. (R) – Bentuk R untuk kerja mencanai alur dan mengerat.

Rajah 1: Bentuk Roda Pencanai


Jenis Pelelas


Pelelas terdiri daripada pelelas asli dan pelelas tiruan. Pelelas asli seperti emery, batu pasir, korundum dan kuarza. Mengandungai 10% hingga 40% benda asing dan in menyebabkan kecekapan pemotong kurang baik. Pelelas tiruan adalah buatan manusia dan dibuat direlau letrik dan lebih keras daripada pelelas asli. Pelelas tiruan yang biasa digunakan ialah:


                       i        Silicon carbide
                      ii        Aluminium oksida
                     iii        Intan tiruan
                     iv        Zircon-aluminium oksida
                      v        Doron karbida


Struktur Roda



Rajah dibawah menunjukkan kedudukan pelelas berdasarkan bilangan pengikat yang berada antara pelelas-pelelas.




Rajah 2: Struktur Roda


                                          

Jadual 3: Kedudukan Struktur Roda

No comments:

Post a Comment