Tuesday 26 July 2016

GERGAJI BESI(HACKSAW)

1.    DEFINISI GERGAJI BESI

Gergaji besi digunakan dalamkerja-kerja kejuruteraan untuk memotong logam dan lain-lain kerja yang sesuai seperti paipkeluli lembut, paip PVC dan lain-lain lagi.


1.1 Bahagian-bahagian gergaji besi :-
A – Sendi boleh laras

B – Bingkai
C – Hulu
D – Mata gergaji
E – Nat kepak
F – Skru renggang


1.    Jenis-jenis gergaji besi.

Gergaji besi ada pelbagai bentuk diluar pada zaman kini. Oleh yang berikut gergaji tangan terbahagi kepada dua jenis, iaitu :-

A.   Bingkai tetap



 Gambarajah 1

A.   Bingkai boleh laras
  Gambarajah 2

             I.        Diperbuat daripada besi keluli lembut.
            II.        Digunakan untuk pelbagai jenis mata (blade) kerana bingkainya boleh laras mengikut saiz panjang blade.

  1. Bingkai tetap

             I.        Diperbuat daripada besi keluli lembut.
            II.        Hanya digunakan  untuk satu saiz mata (blade) sahaja.

           III.        Penentuan mata gergaji/saiz

          IV.        Pemilihan bilah/mata gergaji berdasarkan ciri-ciri berikut :-

           V.        Panjang                                (250mm – 300mm)
          VI.        Lebar                                    (13mm-16mm)
        VII.        Tebal                                    (0.03mm – 0.80)
       VIII.        Pitch atau gigi dalm seinci   (TPI – Tech per inch)
          IX.        Panjang mata gergaji diukur dari jarak antara pusat lubang pada setiap lubangnya.  Bentuk mata gergaji yang terbuka sedikit dan berselang seli kekiri dan kekanan adalah untuk memudahkan habuk besi keluar dan mengelakkan mata daripada tersepit pada bendakerja
           X.        Jadual dibawah adalah panduan am bagi  memilih saiz mata gergaji yang disesuaikan mengikut jenis bahan atau logam.

Bahan

Bilangan gigi mata gergaji setiap 25.4mm
Keluli lembut
18
Besi tuang dan besi alat
18
Loyang, tembaga dan besi paip
22
Loyang nipis (kurang daripada 3mm tebal)
32

             I.        Mata gergaji adalah diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi dan keluli aloi tungsten.Gergaji besi terdiri daripada dua jenis iaitu all hard blade dan flexible blade.
            II.        All hard blade diperbuat dari keluli tahan lasak(high speed steel) dan digunakan untuk memotong logam-logam keras seperti keluli alloy.
           III.        Flexible blade(boleh lentur) adalah baik digunakan untuk memotong dicelah yang sukar dan sempit pada bendakerja.  Ia juga sesuai digunakan oleh pekerja-pekerja yang kurang mahir mengendalikannya bagi mengelakkan bilah mata gergaji patah.

1.    Cara –cara memasang mata gergaji

              i.        Pastikan bingkai gergaji besi sama dengan panjang mata gergaji.
            ii.        Pastikan bilangan gigi mata gergaji bersesuaian dengan bahan yang hendak dipotong.
           iii.        Pastikan kecondongan gigi mata gergaji menghala kehadapan dari hulunya.
           iv.        Pasangkan mata gergaji pada sekru reggang.
            v.        Kuncikan nat kepak sehingga mata gergaji tegang, tetapi tidak terlalu tegang.  Jika terlalu tegang, mata gergaji mudah patah sewaktu memotong.

1.1 Cara menggergaji.

      I.        Pastikan bendakerja dicengkam dengan kuat oleh ragum.
  1. Pastikan bahagian yang hendak dipotong itu berada paling hampir dengan ragum.
  2. Pegang gergaji dengan cara yang betul.  Sebelah tangan memegang pada hulu gergaji, sebelah tangan lagi memegang pada hujung bingkai
  3. Semasa memotong, daya memotong diperlukan semasa menyorong gergaji kehadapan.  Ini kerana gigi gergaji memotong bahan yang digergaji ketika gergaji disorong kehadapan.  Tetapi semasa gergaji ditarik kebelakang, kurangkan tekanannya.  Pada masa ini gigi mata gergaji tidak memotong bahan tersebut.
 Sebab-sebab mata gergaji patah

Mata gegaji merupakan bahan yang lembut dan sekiranya disalahgunakan pasti akan menimbulkan kesan kepada mata oleh yang berikut merupakan sebab- sebab mata gergaji patah:

a)    Mata gergaji diikat terlalu ketat atau terlalu longgar.
b)    Kedudukan bendakerja yang tidak teguh.
c)    Tekanan terlalu kuat semasa memotong.
d)    Saiz mata yang tidak sesuai dengan bendakerja yang hendak dipotong.

No comments:

Post a Comment