PELULAS MESIN (REAMERS)
Melulas adalah satu proses
membesarkan lubang yang telah digerudi atau digerak. Lubang yang dihasilkan
adalah sepusat, tepat dan mempunyai penyudahan yang licin. Operasi ini
dilakukan dengan alat yang dinamakan pelulas. Pelulas dibahagikan kepada 2
ketegori iaitu pelulas tangan dan pelulas mesin.
Bahagian –
bahagian pelulas
Pelulas mesin dibahagikan kepada 2
jenis
1.
Pelulas mengasar yang memotong pada hujung sahaja.
Jenis – jenis
pelulas
Pelulas mengasar
Pelulas mengasar
direkabentuk untuk melulas dengan cepat ke saiz 0.07mm – 0.10mm dibawah saiz
namaan lubang. Pelulas ros adalah jenis pelulas mengasar yang selalu digunakan.
Hujung gigi pelulas ini diserongkan 45° dan
diberi telusan supaya kesemua potongan dapat dilakukan pada hujung pelulas
tersebut. Pelulas jenis ini bisasanya dibuat 0.07mm 0.12mm di bawah saiz namaan
supaya penyudahan boleh dilakukan dengan pelulas penyudahan
Pelulas penyudahan
Pelulas jenis ini digunakan
untuk melakukan penyudahan terhadap lubang yang telah dilulas dengan
menggunakan pelulas kasar kesaiz yang tepat. Pelulas penyudahan mempunyai lebih
banyak bilangan gigi dari pelulas ros. Ia direkabentuk untuk melakukan
pemotongan pada keseluruhan panjang giginya dan dengan itu menghasilkan satu
lubang yang jitu dan licin.
Pelulas tirus
Pelulas tirus dibuat
mengikut tirusan piawai misalnya piawaian penirusan Morse, Brown, Sharpe dan
metrik. Biasanya pelulas ini mempunyai batang tirus yang boleh dipasang pada
spindal alatan belakang. Kegunaannya adalah untuk menghasilkan lubang tirus
yang tepat dan licin penyudahannya.
|
Kelajuan dan hantaran untuk melulas
dengan mesin pelarik
Kelajuan yang dicadangkan
untuk melulas adalah separuh daripada kelajuan yang digunakan untuk menggerudi.
Walaubagaimanapun faktor – faktor berikut perlu diambil kira untuk memilih PPM.
1.
Ketegaran pemasangan bahan kerja dan alat.
2.
Jenis bahan yang dilulas
3.
Jenis penyudahan yang diperlukan serta had terima
Jadual di bawah menunjukkan
kelajuan pemotongan bagi pelulas keluli tahan lasak. Untuk pelulas jenis
karbida, kelajuan pemotongan adalah dua kali ganda.
|
Jadual di atas
menunjukkan kelajuan melulas
Kadar hantaran pula adalah
diantara 2 hingga 3 kali ganda kadar hantaran yang digunakan untuk menggerudi.
Kadar hantaran yang rendah boleh mengakibatkan pelulas tergilap. Kadar hantaran
yang terlalu tinggi pula boleh mencacatkan ketepatan dan kelicinan permukaan
lubang.
Prosedur melulas
1.
Lakukan penjajaran mesin supaya tepat dan selari dengan
paksi mesin.
2.
Sebelum melulas pastikan basian melulas itu sesuai untuk
kerja melulas kasar atau
melulas
penyudahan.
3.
Pilih dan pastikan pelulas yang digunakan itu bebas
daripada gerigis besi yang melekat
pada pinggir mata
pemotong.
4.
Rujuk pada jadual kelajuan melulas dan pilih PPM yang
sesuai untuk melakukan
operasi melulas
pada mesin.
Bila nak sambung ni???
ReplyDeletebasian melulas tu ape?
ReplyDeletebasian melulas tu ape?
ReplyDeletebasian melulas tu ape?
ReplyDelete