Monday 18 July 2016

MESIN MERAUT (MILLING MACHINE)

Meraut

Meraut adalah satu proses membuang atau menorah logam atau bahan dari bahan kerja dengan membuat suapan kearah putaran pemotong mata peraut. Kerja-kerja yang boleh dilakukan di mesin peraut ialah seperti meraut rata, permukaan bersudut, menggerudi, menggerek, melurah kunci, memotong gigi gear, memotong lurah heliks, dan kerja-kerja lain.


Mesin peraut (miling machine)

Mata pemotong tersebut berputar pada kedudukan Mesin kisar digunakan untuk memotong bahan logam secara menyerpih dengan menggunakan mata pemotong berbilang hujung mengufuk atau menegak, manakala bahan kerja yang dicengkam pada ragum di atas meja kerja digerakkan kearah mata pemotong. Kerja menyerpih bahan logam dengan menggunakan mesin kisar dikenali sebagai kerja mengisar.  Mesin pengisar berbeza dari mesin-mesin lain dari segi penggunaan mata alat dan cara memegang benda kerja.  Ia menggunakan mata alat jenis tunggal atau mata alat berbilang, manakala benda kerja dipegang oleh pelbagai-bagai jenis pemegang atau dipasak terus pada meja mesin tersebut.  Ia juga dilengkapi dengan berbagai-bagai alat seperti alat tambahan, aksesori, pemegang benda kerja dan pemegang mata alat.  Ini membolehkan mesin pengisar melakukan berbagai kerja mengisar antaranya adalah seperti berikut :

      I.        Membuat lubang

    II.        Membuat sudut tepi

   III.        Membuat lubang senggat atau alur T

  IV.        Membuat tanggam

   V.        Mengisar lurah Mengisar rata


Jenis Mesin Peraut

Mesin peraut ini terbahagi kepada beberapa jenis seperti:


  1. Mesin miling turus (column) berlutut (knee)
  2. Horizontal miling machine
  3.  Vertical miling machine
  4. Universal miling machine
    • Peraut pengeluaran
    • Cnc miling
    • Nc  miling
    • Dupleks miling
  5. Peraut automatik

1 comment:

  1. gaggia titanium - Vitanium-Arts
    gaggia titanium is a trademark titanium trimmer as seen on tv of polished titanium The micro touch hair trimmer Fragrant Art. According to the law, gold-tipped gold coins belong to the titanium dental “Vitanium Artists. titanium cerakote This art was

    ReplyDelete