Tuesday 26 July 2016

VERNIER CALIPER

PENERANGAN :
          Angkup Vernier merupakan alat pengukur jitu dan boleh mengukur dengan tepat
sehingga kepada ukuran sama ada 0.05 mm atau 0.02 mm. Alat ini lazimnya digunakan
didalam bengkel mesin.Angkup vernier mempunyai dua skala iaiut skala utama dan skala
vernier.


BAHAGIAN-BAHAGIAN ANGKUP VERNIER

Badan          : Badannya berbentuk seperti sebilah pembaris keluli yang mempunyai
                     senggatan dalam unit metrik atau inci. Senggatan ini dinamakan skala
                     utama. Panjang badan ini menetukan saiz angkup vernier.

Plat Vervier  : Plat vernier mempunyai skala vernier dan boleh digerak-gerakkan
                     disepanjang badan.

Rahang          : Rahang terdiri daripada rahang tetap dan rahang gelangsar. Rahang tetap
                     merupakan sebahgian daripada badan yang bengkok, manakala rahang
                     gelangsar merupakan sebahagian daripada  plat vernier yang boleh
                     bergerak bersama-samanya iaitu selari dengan  rahang tetap. Permukaan
                     diantara kedua-dua rahang ini merupakan muka ukuran bagi angkup
                     Vernier. Apabila muka ukuran ini bersentuh, bacaannya ialah sifar dan
                     angka sifar pada skala vernier sejajar dengan angka sifar pada skala tetap.

Rusuk                        : Rusuk berbentuk runcing. Ia terletak disebelah atas.Binaannya hampir sama

                     dengan rahang tetapi iadigunakan untuk mengukur ukuran sebelah dalam.

Skru Pengunci       : Skru pengunci digunakan untuk mengunci palt vernier supaya
                               kedudukan ukuran tidak berganjak semasa angkup Vernier     
                               dikeluarkan dari bendakerja. Ini dapat mengurangkan kesilapan
                               semasa mengukur.

Penganjak Halus    : Ada juga angkup Vernier yang dilengkapkan dengan penganjak
                               halus. Pengapit halus ini hendaklah diketakan terlebih dahulu supaya
                               nat penganjak halus boleh mengawal pelarasan plat.

Bilah Pengukur       : Ini merupakan satu bilah yang kecil, boleh digerakkan keluar
Dalam                               atau masuk dalam lurah dibahagian belakang badan apabila
                               rahang dibuka.


Prinsip Skala Vernier
          Skala vernier digunakan untuk membolehkan kita membaca tanpa mengagak-agak
sekiranya ukuran itu terletak dianatara dua tanda senggatan pada satu-satu skala. Oleh itu
angkup Vernier mestilah:
  • Mempunyai dua skala iaitu utama dan skala vernier.
  • Senggatan pada skala utama dibuat  lebih besar daripada skala vernier.
  • Perbezaan antara skala utama dengan skala vernier merupakan bacaan yang paling
kecil yang boleh dibuat.

Contoh :
          Skala utama disengatkan kepada 10 bahagian. Tiap-tiap bahagian bersamaan
dengan 1mm. Skala vernier yang panjangnya 9 mm disenggatkan kepada 10 bahgian yang
sama. Garisan ke 10 skala vernier sejajar betul-betul dengan garisan ke 9 skala utama.


 Maka :-
10 bahagian pada skala vernier      =    9mm   (skala utama)
                                                        ----------
                                                            10

1 bahagian pada skala vernier        =    9mm     X      1     =  9mm
                                                        ----------         ------      --------
                                                            10              10          100

1 bahagian pada skala utama         =     1    = 10mm
                                                        --------   ---------
                                                           10        100

Perbezaan panjang antara skala utama dengan skala vernier ialah :-
                                                10            9            1
                                              -------  -  ------  = ----- =  0.01 mm
                                               100         100        100

Oleh itu, 1 senggatan skala vernier bersama dengan 0.01  mm ( Lihat rajah disebelah ) ;
Jika angkup Vernier disetkan pada 0.01, maka senggatan pertama pada kedua-dua skala
utama dan skala vernier akan sejajar ( lihat rajah dibawah ) ;
Jika angkup vernier disetkan pada 0.02, maka  senggatan ke 2 pada skala utama dan skala
vernier pula yang akan sejajar (lihat rajah dibawah). Begitulah seterusnya jika angkup
vernier disetkan menggunakan ukuran yang lain.
Lazimnya angkup vernier yang digunakan dalam bengkel hanya mempunyai

tentukuran 0.05 mm dan 0.02 mm sahaja. Ini adalah kerana untuk membahagi 9 mm
kepada 10 bahagian yang sama tentulah garisan-garisan senggatan itu terlalu rapat dan
seterusnya sukar untuk dilihat. Dengan itu sukar untuk membuat tentukuran 0.01 mm.

Membaca Tentukuran 0.02mm
          Skala utama disenggatkan kepada 1 mm bagi tiap-tiap satu senggatan dan
dinomborkan pada tiap-tiap sepuluh senggatan iaitu 10,20,30 dan seterusnya. Skala vernier
pula panjangya 49 mm dan disenggatkan kepada 50 bahagian yang sama. Apabila angka
sifar pada kedua-dua skala diletakkan pada kedudukan yang sejajar dengan senggatan ke
49 pada skala utama. Untuk mengetahui perbezaan nilai antara satu senggatan skala utama
dengan skala vernier, maka tolakkan 1 mm (nilai 1 senggatan pada skala utama) dengan
nilai satu senggatan pada skala vernier. Nilai satu senggatan pada skala vernier ialah :-

50 senggatan skala vernier   =  49 mm skala utama
1 senggatan                      =  49/50
                                      =  0.98 mm
Perbesaan nilai senggatan    =  1 mm  - 0.98  mm
                                      =  0.02 mm

Oleh itu, nilai setiap senggatan pada skala vernier 0.02 mm ;
Contoh 1

Bacaan skala utama yang  terhampir dengan 1 mm                  =  42 X 1                =  42.00mm
Bacaan skala vernier  senggatan ke 16 yang sejajar
dengan salah satu garisan pada skala utama                 =  16 X 0.02  =    0.32mm
Jumlah                                                                                     =  42.32mm  
Oleh itu, bacaan sebenar ialah 42.32 mm



Contoh 2
Bacaan skala utama yang terhampir dengan 1 mm         =  65 X 1      = 65.00mm
Bacaan skala vernier senggatan ke 39 yang sejajar
Dengan salah satu garisan pada skala utama                 =  39 X 0.02  =   0.78mm
Jumlah                                                                                     = 65.78mm

Oleh itu, bacaan sebenar ialah 65.78 mm
Membaca Tentukuran 0.05mm
                     
          Skala utama disenggatkan kepada 1 mm bagi tiap-tiap satu senggatan dan
dinomborkan pada tiap tiap 10 senggatan iaitu 10, 20, 30 dan seterusnya. Skala vernier pula
yang panjangya 19 mm, disenggatkan kepada 20 bahagian yang sama.
          Apabila angka sifar dikedua-dua skala diletakkan pada kedudukan yang sejajar,
senggatan ke 20 pada skala vernier akan sejajar dengan senggatan ke 19 pada  skala
utama. Untuk mengetahui perbezaan nilai bagi senggatan skala utama dengan skala vernier,
maka tolakkan 1 mm (nilai senggatan pada skala utama ) dengan nilai satu senggatan skala
vernier. Nilai satu senggatan pada skala vernier ialah:

20  senggatan pada skala vernier    =  19 mm skala utama
1 senggatan                                =  19 / 20
Perbezaan nilai senggatan              =  1 – 0.95 mm
                                                =  0.05 mm
Oleh itu, nilai setiap senggatan pada skala vernier  0.05 mm

Contoh 1

Bacaan skala utama                                                  =  25 X 1      = 25.00mm
Bacaan  skala vernier apabila senggatan ke 8 sejajar
dengan salah  satu garisan pada skala utama                =  8 X 0.05    =   0.40mm
Jumlah                                                                                     = 25.40mm

Oleh itu bacaan sebenar ialah 25.40mm
Contoh 2
Bacaan skala utama                                                  =  123 X 1     = 123.00mm
Bacaan skala vernier apabila senggatan ke 15 sejajar
dengan salah satu garisan pada skala utama                           =  15 X 0.05  =     0.75mm
Jumlah                                                                                     =123.75mm

Oleh itu, bacaan sebenar ialah 123.75mm

No comments:

Post a Comment