JMTi


JEPUN-MALAYSIA TECHNICAL INSTITUT (JMTI) telah dicadangkan oleh (Unit Perancang Ekonomi)EPU Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1994. JMTi ditubuhkan pada 1998 hasil kerjasama teknikal dengan negara Jepun bermula secara rasmi dan diletakkan dibawah pentadbiran Jabatan Tenaga Manusia(JTM), Kementerian Sumber Manusia(KSM). Institut ini dibina di tengah-tengah kawasan perindustrian bukit minyak bagi memenuhi permintaan tenaga kerja mahir. JMTi menawarkan program-program peringkat SKM, Diploma dan Diploma Lanjutan. 
Menawarkan program pengajian teknikal bagi memenuhi keperluan tenaga mahir negara. ini bagi merealisasikan Wawasan 2020 yang mensasarkan 50% tenaga kerja berkemahiran tinggi. Program-program yang ditawarkan adalah selasara dengan keperluan industri semasa dan menggunakan kelengkapan peralatan bengkel berteknologi tingi dalam proses pengajaran.
Terdapat 5 program utama yang ditawarkan iaitu Program Teknologi Kejuruteraan Elektronik , Program Teknologi Kejuruteraan Komputer, Program Teknologi Kejuruteraan Mekatronik, Program Teknologi Kejuruteraan  Pembuatan, Program Teknologi Kejuruteraan Pemesinan Jitu. Selain daripada itu Instutut juga menawarkan program-program jangka pendek dan program SKM.









Carta Organisasi JMTi



No comments:

Post a Comment